“Saya Pun Tak Tahu Kontrak Akan Ditamatkan” – Nabil Ahmad, dan Ini Pula Reaksi Neelofa

Apabila sebut sahaja rancangan berformat hiburan iaitu MeleTOP sudah pasti ramai peminat dapat membayangkan dua orang pengacara ini, Neelofa dan Nabil Ahmad.

Neelofa dan Nabil Ahmad telah lama mengacara program itu dan ramai yang sudah sebati dengan kedua-dua pengacara tersebut.

Terbaru, ada ura-ura mengatakan tempatnya bakal digantikan oleh orang lain.

Tetapi bagi pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad menjelaskan dia belum berhasrat untuk meninggalkan tugasnya sebagai hos program MeleTOP.

Nabil yang mengendalikan program itu bersama Neelofa sejak 2012 berkata, dia sendiri tidak tahu menahu mengenai gosip tersebut malah tiada sesiapa daripada pihak produksi memberitahu kontraknya bakal ditamatkan.

Ini kerana kata beliau, kontraknya sebagai hos sehingga tahun 2019.

“Saya sendiri tidak tahu menahu… ini adalah kali pertama saya mendengar mengenainya.

“Pihak produksi pun tidak pernah kata apa-apa dan sekiranya benar saya perlu mendengarnya daripada mereka.

Nabil dan Neelofa mengacara program hiburan MeleTOP sejak 2012.

“Apa-apa pun saya anggap ia sebagai gosip semata-mata kerana kontak saya pun masih ada sampai 2019,” katanya.

Dalam pada itu, Nabil berkata, dia tidak merancang untuk meninggalkan MeleTOP seperti diperkatakan kerana menyukai tugasnya sebagai hos program itu.

“Saya sayangkan MeleTOP, saya sudah terlalu lama bersama semua yang terlibat untuk meninggalkan program itu begitu sahaja,” katanya.

nabil dan neelofa meletop

Dalam perkembangan lain, Neelofa juga turut memberikan respon yang sama.

Neelofa Berasa Pelik

Neelofa, akui berasa pelik apabila timbul dakwaan dirinya bakal meninggalkan rancangan Meletop, walhal beliau tidak pernah sekalipun menyuarakan hasrat itu kepada pihak produksi.

Malah, katanya, tiada wakil daripada produksi memaklumkan keputusan kononnya peranan beliau sebagai hos Meletop akan ditamatkan.

“Setakat ini belum keluar lagi daripada mulut saya mengenai hasrat untuk berhenti mengacara program meletop. Malah, pihak astro juga tidak ada berbincang dengan saya mengenai isu mahu menamatkan kontrak saya,” katanya.

Apa-apa pun keputusan dari pihak Astro nanti kita sebagai peminat harus menerima keputusan yang akan dibuat. Tetapi kami jangkakan mungkin perkara ini tidak akan berlaku sebelum kontrak kedua-dua pengacara itu tamat.

Mari kita tunggu dan lihat sahaja apa yang bakal berlaku pada program MeleTOP ini nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Jangan Copy Paste!