Najib Razak Minta Tolong Rakyat Malaysia Carikan Pakcik Ini, Urgent!

Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia yang disenangi dan disayangi oleh seluruh rakyat Malaysia.

Terkenal dengan mesra rakyatnya, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak seringkali keluar bertemu dengan rakyat Malaysia diseluruh pelusuk negara.

Tidak hairanlah apabila munculnya “Bossku” ini di khalayak ramai pasti ada yang ingin mendekati dan berswafoto.

Baru-baru ini Bekas Perdana Menteri Malaysia, itu telah pergi ke Pulau Pinang untuk bertemu rakyat. Memang menjadi rutin kebiasaan beliau untuk ke negeri negeri atau kawasan.

Orang ramai selalu melaungkan “Malu Apa Bossku”, setiap kali Najib Razak menjejakkan kaki di sesuatu tempat. Ianya persis seperti seorang selebriti terkenal.

Dengan orang ramai yang berpusu-pusu untuk tidak terlepas peluang mengambil gambar selfie bersama Najib Razak. Dahulu semasa beliau menjadi Perdana Menteri sudah semestinya susah untuk seperti begini.

Tetapi ada sesuatu yang terjadi ketika beliau berada di Pulau Pinang dan ianya tidak sengaja. Ketika beliau sedang melawat di salah satu kawasan dan beliau baru tiba, seperti biasa pasti ramai yang ingin bersalaman dengan Najib Razak dan mengambil gambar. Keadaan menjadi sesak dan kurang terkawal.

Dalam satu rakaman video, kelihatan seorang lelaki berumur menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Najib Razak tetapi kelihatan di dalam video tersebut Najib meletakkan tangan di dalam kocek seluar dan tidak menyambut salam pakcik itu dan berlalu pergi seperti tidak nampak pakcik itu.

Kerana video ini ramai rakyat yang mengecam Dato Seri Najib Razak sombong dan memilih dengan siapa dia ingin bersalaman. Perkara ini sampai ke pengetahuan Najib Razak dan beliau membuat kenyataan di dalam Facebook rasmi beliau Najib Razak.

Saya ada terima WhatsApp tadi mengenai satu video tersebar saya tidak bersalaman dengan seorang pakcik warga emas.

Dengan ikhlas saya memohon maaf kepada pakcik.

Saya tidak berniat begitu dan pada ketika itu dalam minda saya ingin segera menghulurkan sikit tips kepada penyanyi yang kebetulan ada di hadapan gerai.

Bukan peribadi saya untuk tidak mesra rakyat.

Sehingga hari ini Najib Razak berdiri dan makan minum bersama rakyat.

Sehingga hari ini Najib Razak bersuara untuk rakyat walaupun berhadapan dengan cabaran dan penindasan dari kerajaan .

Jika berkesempatan dan pakcik beri peluang, saya ingin bertemu semula dengan pakcik sama ada di Pulau Pinang atau di Kuala Lumpur.

Mana-mana ahli UMNO yang tahu di mana pakcik juga boleh bantu hubunginya dan akan diaturkan satu pertemuan.

Sekali lagi saya ingin mohon maaf kepada pakcik.

Semoga kita dapat bertemu tidak lama lagi. Insya-Allah.

Dalam kenyataan di laman facebook rasmi Najib Razak, beliau memohon maaf kepada pakcik itu dan menyatakan tiada niat untuk berbuat sedemikian.

Bukan peribadinya untuk tidak mesra rakyat, katanya.

Jika berkesempatan katanya, beliau mahu berjumpa dengan pakcik itu di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur.

Selain itu, mana-mana ahli UMNO yang tahu di mana pakcik juga boleh bantu hubunginya dan akan diaturkan satu pertemuan.

Sebagai rakyat Malaysia, marilah sama-sama kita mencari pakcik ini supaya dia dapat bertemu dengan bekas Perdana Menteri ini tidak lama lagi. Insyaallah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Jangan Copy Paste!