“Jangan Zoom, Degil Lah Korang Ni”

Sebut sahaja nama Elizabeth Tan sudah pasti ramai yang mengenali artis cantik molek ini.

Nama sebenarnya Elizabeth Tan Su Mei adalah penyanyi, model dan pelakon Malaysia.

Dia menjadi terkenal kerana lagunya yang berjudul “Knock Knock”, yang dikeluarkan pada tahun 2014.

Sebelum itu, Lizzy dikenali sejak memuatnaik video awalnya di YouTube di mana dia menyanyikan beberapa “lagu cover”.

Elizabeth Tan Su Mei (Chinese: 谭素美; lahir pada 18 November 1993) dan kini berusia 25 tahun.

Kerjaya muzik Elizabeth Tan memperoleh pengiktirafan yang lebih luas apabila dia memenangi anugerah Artis Wanita Terbaik di Anugerah Planet Muzik ke-14.

Menerusi kerjaya lakonannya, peranan Elizabeth Tan terkenal sebagai Dilaila pada tahun 2019 dalam filem seram psikologi Misteri Dilaila yang diarahkan oleh Syafiq Yusof.

Selain itu, Elizabeth Tan turut menjadi duta beberapa jenama produk.

Dengan popularitinya sebagai artis Malaysia tidak hairanlah banyak syarikat-syarikat pengeluaran produk atau perkhidmatan menggunakan Elizabeth Tan untuk mempromosikan produk mereka.

Baru-baru ini Elizabeth Tan menerusi laman sosial instagramnya mempromosi produk deodorant iaitu “Deodoran Nivea Black & White Invisible Silky Smooth” dengan menayangkan ketiaknya yang putih mulus.

Siapa sahaja yang tidak terpegun melihat kecantikan Elizabeth Tan. Dahlah cantik ketiak pun cantik tanpa daki. Rata-rata netizen memuji Elizabeth Tan kerana ketiaknya cantik dan putih tanpa sebarang daki hitam dan tidak kurang juga ada yang komen n@kal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Jangan Copy Paste!